Hi there...
I've been contemplating on making a blog for quite some time and I'm trying to improve my blog as well.. My blog is also a place to share all my thoughts , my feeling,what happened around me..and everything came out of my mind...
Who ever have been visiting my blog, thanks so much..


Oct 30, 2011

ibu dan israfil




Sebenarnya Ibu+Fil boring sgt..baba pegi lawan futsal kat Mines..nak ikot cam malas..sbb nk tido lama2..semalam baba ajak midnight tgk cite 'REAL STEEL'..tiket kol 12.10am..balik lak kol 2.30am On9 pn boring..Jadi nakisi masa boring brkemas umah la..dan semestinya sekejap je umahkemas , pastu anak ibu ni rajjin sepahkan balik..penat woo..
Comot tak anak ibu?..Baju ni lama tak pakai..sendat laktu..jarang pakai pn..sbb leher luas..asik londeh je..




- never be replaced -

Oct 27, 2011

Birthday Muhammad Adam Israfil

Alhamdulillah..selesai sudah birthday anak ibu..kecil kecilan..plan asal nk celebrate besh2..tapi buat umah mak..malas nak wat umah sendiri..sbb baru je kot wat open house.penat nak masak .tapi, tukar plan sbb baba kena pg outsation...jadi ckpkat mak wat famil kite je la..tak besh baba israfil tak ada..tau tau jumaat lepas baba cakap tunda, pg minggu depan..jadi best la baba ada..cume plan wat kecik2 teruskan la..jadi suh la baba masak mee kari..sbb baba masak sedap..



- never be replaced -

Oct 22, 2011

Kenduri

Malam ni cam boring je..Baba pg tgk keta ana+budee x leh start.tolong tgk je..
..my israfil lak tido awal sejak kol 7 tadi..penat kot tadi g kenduri + penat main jugak..sbb bangun awal ye jugak , sbb teman mak pegi klinik..mak suspect denggi..Harap sangat mak cepat baik.

***
**
*
Pic 4 today..wedding kawan baba kat Beranang..



- never be replaced -

Oct 20, 2011

Check up 7 bulan

Sudah jadi kebiasaan pregnancy kali ni, check up mesti mintak pukul 11 pg.mudah senang bawak ke lunch dan hari ni check up bawak israfil.rasanya pas ni ta dah bawa anak ibu ni..berlari lari tak na duduk diam..sampai nurse marah tadi takot tersadung kaki.nasib baik baba ada blh kawal situasi..

Berat terkini 53.1 kg, hb 10.9 mungkin sebab skip makan ubat..dan saya terus terang kat cik nurse tadi, cakap tak suka makan B-complex .sbb ta sedapdan nurse cakap, tak nak makan tak pa sebab selera makan ada.boleh bagi kat anak sulung sebab bagi selera makan je vitamin tu..ermm.cam tu nak bagi israfil makan la sebab dia suka sangat belek belek ubat ibu ..Bgi appeton pun tak jalan pun selera makan tetap merundum sebulan dah bagi.malam ni ingat nak try la bagi kat anak ibu ubat tu..



- never be replaced -

Oct 19, 2011

Selamat Hari Lahir anak ibu

Hari ni 19.10.2011 hari lahir anak ibu yang ke 2.Anak ibu dah 2 tahun dah usianya..Ibu+baba sayang sangat sangat deat anak ibu nipermata hati ibu dan baba...selalu cakap dekat israfil, " ibu syg sangat sangat anak ibu ni, ibu marah pun ibu tetap sayang kat anak ibu ni " -mengalir airmata masa tgh taip ni -.

anak ibu dah jadi big boy dah skrg.tak lama lagi nak dapat adik.ibu harap anak ibu dapat jadi abg yang baik untuk adik adik nanti..Ibu saja bagi adik dekat anak ibu ni awal awal, sebab biar anak ibu ada kawan.walau adik nanti girl..tak kisah kan syg,asalkan ada kawan..anak ibu baik sgt good boy.sanagat baik.tak pnh susahkan ibu sejak hari pertama keluar ke dunia ni..sejak masa dalam pantang pun tak pnh kacau ibu time mlm, bgun nak susu je sampai skrg..ibu harap smpai besar anak ibu sama macam tu jadi contoh kat adik adik.ibu pun harap anak anak ibu lain pn sama..

InsyaAllah kalau tak de halangan, ibu nak celebrate birthday anak ibu nanti, 1st birthday party..ibu dah tempah kek utk anak ibu..special pnya.sure sure anak ibu suka sgt.
masa umur 1 thn dulu tak buat pun, sebab anak ibu kecik lagi..baba yg ckp..sebab ta pandai berkawan lagi.yang ta best, ibu dah plan nak buat jemput kwn2 fil, tapi baba pulak tak da, pg outstation.jadi ibu buat kat umah tok celebrate kecik ecik jetak best baba tak da.baba dah siap siap bagi present kat anak ibu.ibu belum beli laginanti weekend i nak cari lasebab birthday nanti ibu nak buat time cuti deepavali.sebab auntie yang buat kek tu tak boleh buat kek tu awal.plan ibu nak buat hari ahad 23/10 tapi auntie tu dah boleh buat awal.alau awal, sempat baba join, sebab esoknya (24/10) baba dah bertolak g outstation..sebenarnya baba ni pun bkn jenis yg suka celebrate besar besar.cukup kita 3 beranak je tapi ibu nak jugak bagi kenangan kat anak ibu bila besar


rasanya dah tak ada apa yg nak ibu taipansebab ibu pinjam pc kawan ibupc ibu rosak sampai srg, kena tunggu pc baru pulak tak selesa sgt guna pc org.



- never be replaced -

Oct 16, 2011

Bunga akar fatimah

Last week zura - officemate- , bagi bunga akar Fatimah..sebab time breakfast pagi tu, kami ramai2 dok cite pengalaman bersalin..Bukak cite pasal bunga ni..dapat masa mak dia pg Mekah dulu.jadi esoknya zura bagi la 1...Bunga ni diminum untuk memudahkan proses bersalin..wallahualam..

Sebenarnya pnh jugak minum masa mengandungkan israfil..malam sebelum bersalinkan israfil..minum seteguk je sebab pahit dan minum air zam zam..mak cakap mak rendam masa saya call bagi tau ada kat hospital..tapi tak jadi bersalin...rupanya esok pagi baru bersalin..jadi malam tu balik dari hosp terus minum..dan betullah malam tu jugak sakit nak bersalin..pg tu bila pg hosp tengok dah bukak 6cm..kebetulan atau memang israfil nak kuar, tak tau la..yang pasti kita ikhtiar je kan..

Bunga ni dapat dari mekah, tak pasti la kalau kat Malaysia ada..mungkin ada kot..entah la..cuma ni salah 1 dari usaha kita kan dan selain dengan rajin amalkan baca surah Yasiin, Maryam dan Yusof..juga jangan lupa baca doa Nabi Yunus tiap masa..

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

(Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin)




- never be replaced -

29w+2d

Alhamdulillah..dapat jugak ngadap pc..skrg ni baba + israfil tgh main PS, jadi ibu nak amik kesempatan on9...

Hari ni adik israfil masuk minggu ke 29..cepat betol masa berlalu..lagi 2 bln yang tinggal..adik semakin aktif..alaa..tak payah cerita byk kot, sebab apa yang kite rasa sama dengan ibu ibu lain rasa kan..cuma apa yg pasti, rasa bahagiakan bila terasa pergerakan ciptaan Allah dalam perut kita.indah dan bahagia betol...hanya ibu ibu yang mengandung dapat rasa...

Persiapan adik tak beli beli lagi..tak excited sgt nak pg beli awal awal.lepak umah habiskan cuti lagi best..sebelum baba pegi outstation kot nak pg membeli belah..sebab tak byk pnyang nak dibeli, cuma tambah baju2 baby girl je ,takkan nak pakai baju israfil kot..yang newborn blh la pakai,dgn beli brg ibu skit skit je ...

seminggu je lagi yg tinggal utk ibu+israfil manja manja dgn baba..pastu baba dah kena kuar dah...rasa lain la..setahun baba dok ngan kita kan fil?..




- never be replaced -

Oct 14, 2011

Baru timbul

Lama betol tak update blog..Banyak benda yang nak di cerita kat blog tapi tangan keras dan kaku tak tau nak taip apa.Sebenarnya pc kat opis rosak - ni pun pinjam pc harezal-.3 kali dah technician IT dah tukar hardisk, tapi semalam pagi jadi ga.pagi2 budak it dtg repair dan sambil ckp " kak,dah arwah dah tak leh nak wat apa...rosak terus".. menyayat hati sungguh..hehhehe.sudahnya semalam memang tak tau nak wat padahal dah hari2 pc problem..


Tengok la weekend ni kalau free try update blog..hari keje memang sekarang ni dah tak sempat, israfil sekarang dah tido awal.Balik keje, wat apa patut - masak ke, basuh baju ke, kemas umah ke-.. pastu kol 9 malam standby bawak israfil masuk bilik..


p/s..better off here .sebab segan sebenarnya pakai pc orang




- never be replaced -

Oct 7, 2011

Kolostrom : Cecair bernilai emas

nukilan Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci. dan Kaunselor Laktasi bertajuk Kolostrum: Cecair Bernilai Emas

1)Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

2) Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu. keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

3) Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu? Soal Lina bertalu - talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan - persoalan yang sering diajukan oleh ibu - ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat - sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar "darah putih" oleh sesetengah pakar kanak - kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.

Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:
"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya. (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira - kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses - proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira- kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit - penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit - penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob - mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel - sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus.
Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana -mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)

Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman - kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit - birit yang disebabkan oleh kuman - kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel- sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain -lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, -Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)-. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur - ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 -96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari - hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah - curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya.
Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).


Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips - tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari - hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips - tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila - bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery ketika berada di hospital. "Rooming in' amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda - tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak - anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos - mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.


( Sumber dari susuibu.com)



- never be replaced -

7 bulan

2 minggu lagi my israfil genap 2 tahun..dan plan nak pisahkan susu ibu dengan anak ibu blm lagi berjaya..tak jadi jadi pun..sebab anak ibu tetap ingat pada nenen ibu, terutama malam nak tido atau time cuti..dah tak ada idea cemana nak stopkan..

Harini adik israfil dah 2 bulan..maknanya lagi 2 bln israfil bakal dapat adik...Setiap hari ibu doakan anak ibu yang sorang lagi ni, sihat walafiat dan baik macam abang...Kelengkapan adik, ibu blm sediakan 1 pun..cuma kalau ada pun, barang2 abang masa baby dulu.tapi rasanya untuk adik israfil, tak banyak kena beli cuma beli baju, diapers dan tambah sikit sikit lagi, barang yang baby perlukan ,baru baru la untuk baby baru..hehhehe...ermm...rasanya tak perlu listing kot..sebab dah boleh agak apa yang perlu beli..lagipun toiletries blh share dengan israfil.sebab israfil pun masih pakai apa yg baby baby pakai, cuma kena beli kapas je kot dengan wet tissue kena beli lebih, yang ada dah abis sebab guna travel pack utk israfil, bawak jalan2 je.. dah besar tak guna dah...Botol baby blm beli lagi.Botol nak simpan EBM pun beli lagi..breastpump ada dah,jadi kelengkapan untuk feeding, cuma beli sikit2 je lagi..rasanya ice pack nak beli baru kot, sebab dlu pun beli online je..tu nanti dalam pantang baru beli..sebab di hujung jari je.israfil pun dulu, byk beli online je..

Ibu sangat harapkan, adik israfil nanti nak dan mau naik stroller..sebab israfil dulu cuma naik 4 @ 4 kali je..lepas tu perap dalam stor je sampai berhabuk....sebab anak ibu tak suka naik,tak tau kenapa..sebab tu baby carrier dengan car seat ibu dan baba tak belikan..jimatkan??..tak payah belanja besar pun untuk israfil..bukan baba dan ibu kedekut, tapi sebab anak ibu tak kan naik.
Kelengkapan ibu pun jangan lupa, kena beli jugak..Tengok la, kalau esok lusa, ingat nak beli la skit skit.





- never be replaced -

Oct 3, 2011

Pengalaman bersalin anak pertama


Sebenarnya, teringat kisah masa bersalinkan israfil dulu..kelakar pun ada..tapi kisah tu agak kotor..teringat pun masa tgh 'membuang' pagi tadi..intro ni pun dah agak lain macam kan..
ok..Masa hari ahad, sehari sebelum bersalin,sempat cuci bilik mandi..pastu pas siap, masa nak mandi tgk kat panty ada darah..terus call mak tanya knapa ada darah..mak ckp trus g hospital..takot pecah darah, bukan pcah ketuban..ok..siap2 trus g hospital..tapi contraction tak berapa rasa sgt..kebiasaan 10 minit skali..jadi cam biasa, dok dulu, dgr jantung baby..dan masuk bilik doktor, doktor seluk baru 1cm..dan kol 5 ptg settle..kena balik..dtg lagi seminggu nanti..malu gak la..sbb baba israfil ada, mak abah pn dtg..malu kat org2 situ sbb kena bawak balik bakul..
malam tu jugak lbih kurang pukul 3 pagi, terasa sakit perut sangat..sekejap dtg skejap elok..satu rumah dah siap pusing..kejut baba israfil,tak jalan..tak sedar..mmg tahan sakit sorang2..dalam kol 6.30 pg..kejut lagi baba israfil subuh, terkejut jugak baba..bila cakap sakit..kelam kabut jugak nak pg pagi tu..kol 7 smpai hospital selayang..cek, bukaan dah 6 cm, dan baring kat katil sementara cek bp dan degup jantung baby dan tnggu nurse dtg..lama jgk..perut dah sakit sgt dah..tak lama bukan sbb susah baby nak kuar, tapi sbb tunggu nurse..time tu pagi kan tgh tukar shift..ade sorang nurse tu siap cakap "eh, awk yang dtg semalam kan "..aah, mmg la..tak tau pulak ari ni jugak beranak..ckp dlm ati je lah sbb sakit sgt..

tak lama tu, ada doktor lelaki dtg..pecah kan air ketuban dan masukkan ubat buang air besar..dan doktor suh pg buang..masa nak buang tu, mmg tak berani nak buang semua..takot terberanak la..sbb tak tau sakit perut nak membuang atau sakit nalk beranak sgt..naik atas katil balik, staff nurse sorang ni ckp masa seluk, bukaan dah 8cm "budak ni dah nak keluar dah..baby dah berak dah dalam ni..patut la budak ni sakit sgt"...di bawak masuk la dala labour room...nurse lbat jugak la..sbb saya 1st patient yang bersalin pagi tu,..jadi byk yg kena prepare..

cerita kotor saya maksudkan tu, bila nak naik atas katil, saya terberak merata-rata kat lantai..cuak dan malu jugak kat nurse 2 org tu..tapi sorang nurse ni cakap, "takpe biasala tu,, ada jugak pnh jadi mcm ni"..ni sebenarnya akibat tak membuang habis masa di suruh buang..takot kan pnya pasal..bila teringat kisah yang ni memang selalu nak gelak..rasanya tak byk teran pun, teran sekali terus israfil keluar..Alhamdulillah senang sangat lahirkan anak ibu ni..yang paling penting, suami tersayang ada sebelah dan bg semangat..dan juga restu dari mak dan abah..Alhamdulillah, syukur sangat..harap sangat adik israfil pun sama mcm tu..

yang paling bahagia bila mak abah betul betul amik berat dan jaga..baba israfil pn byk berkorban jaga ibu dan israfil..time tu baba tgh outstation kat Lanchang, Pahang..sanggup ulang alik selayang-Lanchang sbb nak jaga anak dan isteri..Tanggungjawab pagi sbl pg keje, baba tak lupa..siapkan air mandi saya,..bakar batu tungku..sementara tunggu mak datang..sbb pantang kat rumah sendiri, baba suh ..jadi hari hari mak dtg..siapkan lauk org pantang dan mandikan cucu kesayangannya..petang , balik rumah bila baba israfil dah balik..cam tu lah rutin harian selama 2 bln..

kali ni ingat nak pantang 3 bulan..nak ikut baba pg outstation..



- never be replaced -

Happy Belated Birthday To Me

there's nothing special to write on..macam biasa la tiap taun umur meningkat..nak celebrate pn cam malas..dah nak masuk angka 30 dalam beberapa tahun lagi..sebenarnya my birthday semalam, 2nd oct ..best sebab sama bulan dengan israfil..dan adik pulak sama bulan dengan baba..Plan nak celebrate birthday ibu dgn israfil kat umah tokma nanti..
Baba pulak, akan bagi present special bila menjelang birthday..special pnya present

Happy Belated Birthday to me..



- never be replaced -