Pap Smear

Pap Smear adalah kaedah penyaringan kanser pangkal rahim bagi membolehkan pengesanan awal kanser pangkal rahim atau serviks.Kanser pangkal rahim adalah kanser yang sering terjadi dikalangan wanita di seluruh dunia. Dapat dicegah sekiranya dikesan dan diubati pada tahap awal (tahap prakanser) Pap smear adalah satu kaedah yang mudah untuk mengesan perubahan sel-sel serviks.


Pap smear ni dah buat masa israfil umur 6bln..dan masa tu jugak lah nurse cakap "Awak kena hati-hatini..Sebab tengah subur..Bila-bila boleh mengandung ni" dan paling kelakar masa nurse nak masuk alat tu sebab nurse kata "ketat ni, awak makan jamu apa"...tak tau la jamu mana 1..sebab dalam pantang memang makan jamu, dan lepas abis pantang sambung makan Bidadari, khas untukkesihatan wanita..


Sebenarnya memang dah prepare awal lagi , masa israfil 6 bln lagi..kalaukalau mengandung lagi..Sebab memang kami tak pakai apaapa alat perancang.dan antara kebaikan susu ibu memang betul..saya fully breasfeeding dan period datang masa israfil dah umur 1 tahun..masa tu raya tahun 2010, raya kedua..jadi start pada tu, kami dah bertambah bersedia..sebab memang nak 2nd junior by 2011..beza 2 tahun dari israfil..

ok..berkenaan dengan topik asal..memang tak jangka nak buat. kebetulan masa bwk israfil check up..nurse suruh sapa yang ada husband time tu, suh husband jaga anak..bolehla pap smear..dan memang sediadari awal lagi dah tau pasal pap smearni.memang penting utk kaumwanita..dan lepas bersalin nanti, kena buat lagi ni..
Maklumat lanjut , boleh baca di SINI



- never be replaced -