Manja sangat

Adam Israfil dah masuk 3y2m.Tapi sangat la manja..dulu masa kecik tak da manja sangat..dan lega sgt time tu sbb fil tak pandai manja..tapi bila dah ada adik, lain pulak..padahal adik nak masuk 2 dah..
Apa yg ibu perasan, memang sejak dari baby smpai sekarang fil mesti nak tido dengan ibu..cuma ada kes kalau tertido sendiri, br die tido dgn baba, baba yg alih letak tmpat baba..
kalau tak ibu dah siap2 tmpat tido, nak tido kan adik dia, mula la fil menyempit dan nak tido dengan ibu..
terpaksa ibu tido kan irdina dulu, pastu bari tido kan fil..siap suruh tepuk dulu..tapi sebelum tu, fil akan mintak nak barik atas badan baba, baru datang kat ibu..

dan irdina ibu tu memang akan tido sorang, dan anak dara ibu tu tido sangat lasak..jadi kalau dia tido sorang pun, dia lagi selesa..

Kadang2 ibu terfikir, agaknya anak kalau bagi susu ibu, memang rapat dengan ibu la kan?..tak bioleh jauh dari ibu kot..kan?..ke ibu yang syok sendiri..tapi cemana pun fil rapat dengan baba jugak, sebab Alhamdulillah anak2 ibu ada seorang baba yang penyayang dan sabar, compare dgn ibu ni yang garang tapi hati cepat lembut..

tapi irdina ibu setakat umur setahun ni, mmg manja dgn ibu+baba jugak, tapi anak2 ibu mesti..mesti..mesti..kena rapat dengan baba tau..sebab buktikan pada orang luar yang ada cakap " kalau ayah dia selalu outstation, mesti anak tak rapat dengan ayah".. 
ibu tak nak anak anak ibu jauh dari baba..dan ibu tak pernah jeles tau kalau anak2 ibu manja2 dgn baba..melekat dengan baba..