Selepas 7 tahun.


Selepas 7 tahun tak menulis,malam ni tergerak nak belek blog yang dah bersawang ni.
Rakan-Rakan blogger lain pun dah close blog.Ade terlintas nak ikut jejak Nadya,rakan blogger,best friend juga.Agak lama kami tak berjumpa,sejak MCO tahun 2020.Kedai makan 'Dapur Gerabak' Nadya ,belum ada kesempatan nak singgah.RINDU NADYA!!
dulu sama-sama share macam-macam cerita.
    Agak janggal juga sebab lama tak sentuh  blog.Kaku nak taip.
Pernah berbelah bahagi ni close blog ,tapi rasa sayang sebab dalam ni banyak perihal anak-anak terutama Adam Israfil.
Juga boleh jadi tatapan buat anak-anak ibu di hadapan nanti.
    Entah kenapa malam ni ibu tak boleh tidur.
Macam ade sesuatu yang menganggu fikiran ibu.
Ibu rindukan anak ibu Adam Israfil.
Agak lama ibu baring  sebelah dia, peluk dia,bau dia.Ibu rindu dia badan dia pun semakin berisi,sedap ibu pegang.
Kalau dulu ibu banyak coret telatah dia,gambar dia,seluruh perhatian untuk dia sorang.Tido malam pun,tangan dia wajib di hidung ibu,untuk ibu bau dan hidu dalam-dalam.Panggilan 'sayang' pun tak lekang dari mulut ibu,ibu jarang panggil nama.
Dia la peneman ibu sejak dari dalam perut,tempat luah apa ibu rasa ,sedih atau gembira.Pernah jadi kekuatan ibu masa ibu sedih ,12 tahun lalu (masa tu anak ibu masih dalam perut ibu).
Sejak lahir sampai umur 9 tahun  dia la tempat luah rasa hati ibu.Sehingga umur 9,dia masih tidur berpegangan tangan ibu masih nak ibu peluk dia.hakikatnya kesemua anak ibu memang manja.
   Tahun berikutnya ibu, ibu seakan lupa dia.Lupa yang dia la dulunya jantung hati ibu 
Ibu tak cuba faham isi hati dia  yang mungkin meningkat remaja.
masa menaip ni ibu tak henti menangis..

Ibu tau,masa ibu dan dia semakin singkat ,hari demi hari.Akan datang dia akan berginjak ke alam sekolah menengah.Ibu selalu sebut nak hantar ke sekolah asrama biar la dia matang dan pandai urus diri tak terlalu bergantung pada ibu.
Tapi jauh di sudut hati ibu yang dalam,ibu tak nak jauh dari dia.Ibu tak puas peluk dia.
    Sejak anak ibu genap 12 tahun pada 19 Oktober 2021,bertambah rasa rindu kat dia.
Kad Pengenalan dah buat ,Vaksin pun dah.
Besar dah anak ibu!.
RINDU WALAU DEPAN MATA..
   Kalau di fikirkan semula, semenjak dia besar,ibu makin nampak peranan dia sebagai abang.Adik-adik akan cari dia bila nangis sebab ibu marah adik-adik.Masing-masing minta di pujuk.Sedangkan dia sendiri juga akan menangis bila kena marah dengan ibu.
Manja sehingga hari ini,walau adik dah bertambah.Dah ada 5 adiknya..
Anak ibu ni ada juga sisi negatifnya,ade sifat panas baran juga.Ibu mampu berdoa,semoga berkurangan seiring dengan usia..
Ibu rasa,baik ibu berhenti dulu disini.
Ada peluang ibu sambung bercerita.
Ibu doakan kesemua anak-anak ibu sihat seadanya,menjadi orang yang berguna..
Seandainya ada jodoh,ibu harap anak-anak ibu dapat membaca coretan ibu yang ada dalam ni dulu atau sekarang.