Kelainan itu sangat istimewa

There's Someting special happen for me this Ramadhan..walau hanyalah baru 7 Ramadhan, tapi I berharap ianya kekal dan semakin baik serta ke arah positif..
Bila berpuasa, ketibaan untuk berbuka memang di nantikan…Pasti tak sabar dan mata ke arah jam.Biasanya kalau dah pukul 6.30, rasa lambat sangat masa berlalu.. macam 10 jam menunggu. Tapi kali ni, disebabkan tuntukan sebagai isteri dan ibu,perasaan sebegitu,tidak ada lagi…Alhamdulillah..kedengaran macam kebudak-budakan.

Adam Israfil dan My dearest Husband telah mengisi masa I yang tak berapa lapang sangat itu..memang benar-benar sibuk,sampai langsung tak duduk sejak berbuka sampai nak tido malam. Biarpun penat, tapi hati I puas…sebab semuanya untuk 2 orang insan ini..Segala kepenatan ini hilang bila lihat wajah mereka..

Ok, bila dimeja makan, sama ada sebelum kahwin atau lepas kahwin, mata sangat rambang melihat juadah yang ada..Terutama bila ke bazaar Ramadhan, lihat kuih muih dan air.sedap..

Kali ini, hidangan sangat sederhana.kalau dulu nafsu bila membeli besar sangat...setakat ni juadah kami cukuplah kurma dan hidangan berbuka yang sederhana..Cuma, kalau ke rumah mak, biasalah hidangan pasti penuh semeja..
I juga telah belajar untuk bangun awal dan bertahan.Bangun seawal 4 pagi, siap kan makanan untuk suami bersahur, berkemas, siapkan makanan israfi. Selebihnya I akan ambil masa untuk siapkan diri sebelum ke Office

Mungkin disebabkan telah tanggung jawab, dengan sendirinya perubahan itu berlaku. Sedikit demi sedikit pun tidak mengapa..
Bila kita bergelar ibu dan isteri, peranan kita dalam rumahtangga itu amat penting.maksud I dari segi pengurusan rumahtangga.Juga tidak akan mengabaikan diri sndiri, termasuk penampilan saya..Saya sangat suka Nampak cantik depan suami saya,
--biarlah orang lain kata I tak cantik..hehehe..
Moga perubahan ini,berlaku ini berlaku sampai bila-bila tidak hanya pada ramadhan ini sahaja..benarlah Ramadhan itu bulan yang berkat.