Ketibaan Ramadhan 1431H

Antara sedar atau tidak, kita sudah semakin hampir ke bulan Ramadhan Al-Mubarak dalam beberapa hari lagi. Kebetulan pula pada tahun ini kita menyambut bulan Ramadhan semasa kita masih berada dalam kehangatan menyambut hari kemerdekaan Negara kita yang ke 53. Sebagaimana biasa, pada bulan inilah kita akan melihat umat Islam berbondong-bondong ke masjid, surau ataupun madrasah dengan alasan yang kononnya untuk merebut pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan ini.

Gejala ini seolah-olah sudah menjadi sindrom pada umat kini yang menganggap masjid, surau atau madrasah sebagai tempat kunjungan wajib pada bulan Ramadhan sahaja. Apakah kewajipan memakmurkan rumah Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja? Justeru pada bulan Ramadhan kali ini marilah kita berubah dan menanam tekad agar kita dapat sama-sama menghadirkan diri ke rumah-rumah Allah serta memakmurkannya sepanjang masa bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja.


FADHILAT RAMADHAN
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.”
Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW:
Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

CARA-CARA MENYAMBUT RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat Datang Ramadhan atau Selamat Menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat
untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawih 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahajud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10. Jangan tidur sesudah sahur.
11. Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12. Tadarus pendek.
13. Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14. Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15. Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16. Solat Zuhur berjemaah.
17. Tadarus pendek.
18. Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
19. Solat Asar berjemaah di Masjid.
20. Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlismajlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
21. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
22. Segera Solat Maghrib di Masjid.
23 .Makan malam bersama keluarga.
24. Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


(petikan dari gema Jumaat ,PERKIF FAMA)