Alhamdulillah

Alhamdulillah..hari ni murah rezeki betul..

Biasanya memang jarang lunch, entah cemana hari ni perut lapar.,turun makan dalam pukul 3..Masuk pintu café kami yang cantik ,dah jadi 5 star -,Ternampak Dato' Badaruddin Amiruldin, Pengerusi kami.saya pun jalan tunduk..Ye la time lunch dah lepas..

Ambil pinggan yg agak berat..Adoi..betol-betol ala-ala hotel cafe kami..Lauk pulak banyak, ayam yang dimasak pelbagai..Ambil nasi ½,Lauk ayam sambal,tempe goreng,hati ayam,sayur kangkung..Mau tak RM6 ni..

Sampai kat kaunter ke Dato’ kata,

“tak pa,tak pa, jangan bayaq”..cakap Dato’dalam loghat Kedah,,Memang Dato’ orang Kedah..

Saya apa lagi,tercengang la.

Tgk muka sy yang seposen ni, Dato kata “ Tak pa,hari ni saya buat kenduri, staf FAMA saya blanja “..

huh..saya pun apa lagi dengan muka skema la kata “Terima kasih Dato”

Makan dengan sopan..

Nak keluar café pulak, Kak Pah café pulak bagi makan bun yang dorang tengah test rasanya..Katanya untuk dijual harian @ untuk pesanan time meeting sahaja..

Alhamdulillah, hari ni Allah kurniakan rezeki, walau pada pandangan umum, benda ni biasa saja, tapi saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan, bukan hanya untuk hari ini saja, tapi juga untuk yang sebelum ..